505 Anak Asnaf DUN Gemencheh Terima Bantuan Persekolahan Sesi Tahun 2018

505 Anak Asnaf DUN Gemencheh Terima Bantuan Persekolahan Sesi Tahun 2018

GEMENCHEH, 14 DIS – Seramai 505 anak-anak asnaf dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Repah dan Gemas menerima Cek Bantuan Persekolahan bagi sesi tahun 2018 dalam Program Bantuan Persekolahan Anak Asnaf Daerah Tampin, hari ini.

Majlis yang diadakan bertempat di Masjid Kariah Kampung Gedok, Gemencheh ini telah disempurnakan perasmian serta penyampaian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Gemencheh, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Tampin telah memperuntukkan sebanyak RM116,150 untuk tujuan agihan bantuan tersebut bagi meringankan bebanan keluarga serta persediaan persekolahan tahun 2018.

Disamping itu juga, anak-anak asnaf yang terlibat turut menerima kelengkapan persekolahan seperti baju kurung, baju kemeja, baju melayu, tudung, stokin serta kasut sekolah. Selain itu, turut diadakan perkongsian ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Penceramah daripada Pusat Kaunseling MAINS, Ustaz Amin.

Hadir sama, Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said; Pengerusi Kampung Gedok, Tuan Haji Fahim Mahmud dan Pegawai Baitulmal Daerah Tampin, Ustaz Zahid Mohammad.

Berita lain sila layari :Https://www.facebook.com/mainsOfficial/

Unit Media MAINS: Siti Shafrizan Nur