Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia, Seluruh Kepimpinan UMNO UcapTakziah

Ahli Parlimen Jelebu Meninggal Dunia, Seluruh Kepimpinan UMNO UcapTakziah

KUALA LUMPUR, 07 DIS – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail yang meninggal dunia petang semalam.

Beliau memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) dengan memperoleh sebanyak 22,114 undian atau 58 peratus.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 7.30 malam tadi.