Amaran Cuaca Buruk Di Beberapa Negeri

Amaran Cuaca Buruk Di Beberapa Negeri

KUALA LUMPUR, 11 JAN – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai di Johor serta daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang sehingga Sabtu ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka dalam tempoh yang sama.

Keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian di Johor, daerah Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut di Pahang.

“Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan bahagian Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching di Sarawak sehingga Sabtu,” kata kenyataan itu.