Bakal pengantin Bengang Pelamin ‘Tak Semenggah’ RM1,500

SUNGAI PETANI – Seorang pelayar meluahkan rasa marahnya di laman sosial selepas mendapati baju persandingannya masih belum siap tatkala hari bersejarahnya hampir tiba.

Menerusi laman Facebook, pelayar berkenaan memuatnaik foto dan rakaman pertengkaran yang berlaku dipercayai di butik terlibat.

“Baju nikah tak siap, inform jam 10 malam, ko ingat butik lain bukak 24/7 ke? Pelamin tak semenggah (tak senonoh) harga RM1,500 promised lain dapat cam jahanam,” luah pelayar terbabit kecewa.

Lebih menarik, pihak butik didakwa ‘baru kalut nak gam manik’.

“Ayat dia nak pakai, pakai. Tanak, buang longkang.

“Carpet tak sedia, kita pulak kena cari sendiri,” antara luahan bakal pengantin kecewa.

Berdasarkan resit yang dimuatnaik, bayaran sebanyak RM3,300 telah dibuat pada tarikh 1 Julai lepas untuk majlis bertarikh 1 dan 2 Disember lalu.

“Adui sedihnya!” Kata seorang pelayar wanita.

“Benda paling takut terjadi. Bayaq mahai-mahai pastu tak dapat macam yang diimpikan,” kata Nur.

Perkongsian berkenaan yang dimuatnaik semalam pantas viral dan menarik reaksi berbeza orang ramai.