Cristiano Ronaldo Kongsi Kegembiraan Kelahiran Anak

Cristiano Ronaldo Kongsi Kegembiraan Kelahiran Anak

PEMAIN bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, 32, kini bapa kepada empat orang anak apabila teman wanitanya, Georgina Rodriguez, 22, melahirkan anak perempuan mereka semalam lapor E News!

Bayi tersebut diberi nama Alana Martina merupakan anak keempat Ronaldo yang berkongsi kegembiraan tersebut menerusi akaun Instargramnya.

“Alana Martina baru lahir! kedua-dua mereka (Geo dan Alana) dalam keadaan yang sihat. Kami sangat gembira,” tulisnya.

 Media tempatan Sepanyol terdahulu melaporkan bahawa Georgina dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak mereka.

Bintang Real Madrid dan model tersebut telah bercinta lebih setahun sebelum mengumumkan kehamilan pada Julai lalu.

 Ronaldo mempunyai tiga orang anak sebelum ini iaitu Cristiano Ronaldo Jr, dan si kembar Mateo dan Eva yang dilahirkan menerusi ibu tumpang.- Sinar