Dasar Ikut Aspirasi Orang Muda – PM

Dasar Ikut Aspirasi Orang Muda – PM

Perdana Menteri berkata, sehingga hari ini sejumlah 80,000 aspirasi orang muda untuk Transformasi Nasional 2050 (TN50) sudah dikumpulkan dan akan ditapis untuk pelan tindakan orang muda berkenaan.

“Asas utama saya melahirkan gagasan TN50 adalah untuk apa? Untuk siapa? Bukan untuk saya tapi untuk orang muda.

“Hari ini tanggungjawab sebagai pemimpin adalah bukannya bermain politik atau buat dasar jangka pendek dan populis tetapi mesti buat dasar daripada isi dan gagasan besar untuk memberi harapan kepada orang muda.

“Kalau kerajaan terus dipimpin BN, impian orang muda akan dapat kita penuhi, InsyaAllah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris di Kampung Ulu Chucoh di sini, hari ini. – BH