JKKK Negeri Sembilan Pertama Lafaz IBR

JKKK Negeri Sembilan Pertama Lafaz IBR

SEREMBAN, 01 FEB – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Sembilan adalah JKKK pertama bagi JKKK seluruh negara yang melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Lafaz ikrar tersebut disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di Klana Resort, Seremban, hari ini.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, lafaz IBR yang dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disambut Kerajaan Negeri bersama kumpulan pentadbir bagi menegaskan untuk tidak mahu terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Sememangnya menjadi hasrat Kerajaan Negeri dan SPRM mahu melihat usaha membasmi dan memerangi rasuah dibuat secara menyeluruh di semua peringkat,” katanya.

Selain itu, Menteri Besar turut menyampaikan Bantuan Khas kepada Pengerusi JKKK Negeri Sembilan yang berjumlah seramai 433 penerima.

Bantuan Khas yang diberikan telah diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 bagi menghargai peranan Pengerusi JKKK.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Seri Dr Haji Awaludin Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Mat Ali Hassan.