Keunikan Kampong Ayer Brunei

Keunikan Kampong Ayer Brunei

Jika anda berpeluang melawat ke Negara Brunei Darussalam, jangan sesekali melepaskan peluang untuk melawat perkampungan kecil di Kampong Air, Bandar Sri Begawan. Anda perlu menaiki bot atau perahu untuk mengelilingi perkampungan yang cukup unik ini.

Kampong Ayer adalah sebuah perkampungan air didiami penduduk yang dihubungkan oleh lebih dari 29,140 meter jambatan kaki, dan merangkumi 4,200 binaan termasuk rumah kediaman, masjid, restoran, kedai, sekolah dan sebuah hospital.

Laluan pejalan kaki yang panjang tuntas 36 kilometer menghubungkan bangunan-bangunan kampung ini. Kampung ini terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei dan merupakan sebuah perkampungan air terbesar di Asia Tenggara.

Gagasan 42 kampung yang dibina di atas kaki bajang dan laluan pejalan kaki dari kayu diduduki lebih kurang 30,000 orang penduduk dan merupakan kampung air terbesar di dalam dunia. Ia juga digelar “Venice Timur”.

Kampong Ayer merupakan penempatan yang mempunyai segala infrastruktur asas selari dengan perkembangan masa. Ia mendapat peruntukan belanjawan yang tinggi daripada kerajaan memandangkan Kampong Ayer menjadi mercu tanda kepada Negara Brunei Darussalam.

Setiap rumah dibekalkan dengan pelbagai prasarana seperti air bersih dan elektronik, balai bomba, pos polis, pusat kesihatan dan sekolah-sekolah rendah, menengah dan ugama turut didirikan disamping masjid-masjid dan surau-surau disediakan untuk kemudahan beribadat.

Rumah-rumah dihubungkan dengan titian atau pail-pail yang diperbuat daripada kayu atau konkrit. Penduduk juga menggunakan perahu atau bot sebagai pengangkutan. Talian telefon, penyediaan sistem santiasi dan pembuangan sampah yang lebih sistematik, sistem minyak, kedai runcit, pusat pelancongan dewan kemasyarakatan dan perkhidmatan pos turut disediakan.

Disini juga tersimpannya cerita lagenda sumpahan kapal Nakhoda Manis, di mana kisahnya yang menyerupai kisah anak derhaka Si Tanggang di Malaysia, dan Malin Kundang di Indonesia.

Cerita legenda ini bermula beratus-ratus tahun dahulu ketika pembukaan awal Kampung Ayer. Kapal Nakhoda Manis disumpah menjadi batu, di mana ia turut dikenali sebagai Jong Batu bagi masyarakat Brunei.