Khairy Akan Jumpa PSM Minggu Depan

Khairy Akan Jumpa PSM Minggu Depan

SHAH ALAM, 11 JAN – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan akan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bagi membincangkan isu pengguguran sukan itu daripada senarai sukan teras kebangsaan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

SUBANG, 11 Jan — Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (tujuh,kanan) bergambar bersama Ketua Pasukan Asia Arjun Atwal (depan, kanan) dan Ketua Pasukan Eropah Thomas Bjorn (depan, kiri) selepas Majlis Perasmian dan Pengumuman pada Pelancaran Kejohanan Golf EurAsia 2018 yang akan bermula esok hingga Ahad di Glenmarie Golf and Country Club hari ini.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (tujuh, kiri).
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut Khairy, beliau akan mengadakan perjumpaan bersama Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail minggu hadapan.

“Saya akan berjumpa dengan PSM pada minggu depan. Biar kita tengok dulu apa keputusan yang boleh dicapai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran dan memperkenalkan pemain bagi Kejohanan Golf Piala EurAsia 2018 di Glenmarie Golf and Country Club, di sini hari ini.

Disember lepas, PSM berkeras mahukan Majlis Sukan Negara (MSN) kembali menyenaraikan sukan itu sebagai sukan teras negara dan menjadi acara dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

PSM juga tidak berhasrat membuat sebarang rayuan kerana merasakan tidak ada alasan untuk sukan itu digugurkan daripada senarai 19 sukan teras kebangsaan