KKM Nafi Ubat Antibiotik Kekurangan di Klinik Kesihatan

KKM Nafi Ubat Antibiotik Kekurangan di Klinik Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 NOV – Kementerian Kesihatan menafikan berlaku kekurangan ubat antibiotik di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Subramaniam berkata, sekiranya sesebuah klinik itu kekurangan bekalan dan pesakit boleh memperoleh ubat berkenaan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan.
“Menjadi polisi kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di sesebuah klinik walaupun kadang-kadang ada berlaku masalah kekurangan bekalan.
“Sepatutnya tidak boleh berlaku masalah kekurangan ubat tetapi kita tidak dapat dielakkan jika ia berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Bioperubatan Cambridge -Oxford-Sunway kali Kedua yang berlangsung di Kampus Universiti Sunway di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah.
Mengulas lanjut, Subramaniam berkata, menjadi kesalahan kepada pegawai perubatan sekiranya membuat preskripsi ubatan dengan meminta pesakit mendapatkan bekalan ubat berkenaan di klinik swasta.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan laporan yang menyatakan ubat antibiotik di klinik kesihatan di seluruh negara berkurangan. – UTUSAN