KPDNKK Senarai 21 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri

KPDNKK Senarai 21 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA, 13 JUN : Sebanyak 21 barangan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sempena Aidilfitri di seluruh negara tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tempoh skim kawalan itu berkuatkuasa selama 14 hari iaitu bermula 17 Jun hingga 30 Jun.

Antara barangan yang terlibat di bawah skim berkenaan adalah ayam hidup, daging lembu tempatan, bawang merah kecil dan kelapa parut.

“Harga maksimum ditentukan untuk 151 kawasan yang merangkumi 91 daerah dalam Semenanjung Malaysia, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah dalam Labuan.

“Para peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri 2017 hari ini.