Kursus Intensif Penyelidikan Akidah

Kursus Intensif Penyelidikan Akidah

MANTIN, 11 FEB – Kolej Antarabangsa Unifield dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG) dengan kerjasama Unit Dakwah dan Penyelidikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Intensif Penyelidikan Akidah di Mantin, hari ini.

Seramai 85 peserta terdiri daripada pelajar kolej serta orang awam telah hadir untuk mengikuti kursus yang mengupas tajuk mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah Sifat 20, Sifat Mutasyabihat dan Tauhid 3.

Program ini telah dikendalikan oleh penceramah dari Indonesia Kiyai Nur Hidayat Muhamad.

Kiyai Nur Hidayat Muhamad adalah Ketua Jawatankuasa Fatwa Majlis Ulama Indonesia (Cabang Sangen), Ketua Lembaga Bahstul Masail Nahdatul Ulama dan Penyelidik ARG Johor.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/muftins/

#Unit Media MAINS/Jabatan Mufti: Hidayat