Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

SEREMBAN, 11 APR – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM145,937 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) di sebuah Majlis Serahan Zakat BIMB bertempat di Tingkat 16, Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini.

YB Dato’ Seri Dr. Haji Awaluddin Haji Said sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PZNS telah menerima zakat perniagaan bagi tahun 2017 yang telah disampaikan oleh Pengerusi BIMB BHD, YBHG Datuk Zamani Abdul Ghani.

Penyerahan zakat tersebut turut disaksikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohd Yusof Haji Ahmad; Setiausaha MAINS, Dato’ Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pengurus Besar PZNS, Ustaz Nor Azmi Haji Musa.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/

#UnitMediaMAINS : Azlan