MB Rasmi Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Paroi Jaya

MB Rasmi Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Paroi Jaya

PAROI, 10 FEB – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, di sini.

Pada majlis berkenaan, Menteri Besar menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) kepada 30 pelajar serta mokap cek BKAP kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah.

Dalam ucapannya Menteri Besar berkata, Negeri Sembilan sedang menuai hasil daripada wawasan untuk menjadikan negeri ini sebagai Lembah Ilmu.

Katanya, gelombang kejayaan ini mesti diteruskan dan usaha perlu dipertingkatkan bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang.

Selain itu, Menteri Besar menyeru agar ibu bapa dan penjaga tidak menganggap kos pembelajaran anak-anak sebagai satu bebanan.

Jelasnya, ia adalah sebuah pelaburan jangka panjang yang tidak mendatangkan kerugian sebaliknya terbalas dengan melihat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak.

Turut hadir, Exco Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Haji Abu Ubaidah Dato’ Haji Redza dan Pengarah Pendidikan Negeri, Tuan Pkharuddin Haji Ghazali.