MB Rasmi Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PEKERTI Negeri Sembilan Kali Ke-37

MB Rasmi Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PEKERTI Negeri Sembilan Kali Ke-37

PSEREMBAN, 16 MAC – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menyempurnakan perasmian penutup Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (PEKERTI NS) kali Ke-37 di Dewan PEKERTI NS.

Hadir sama, Yang Dipertua PEKERTI NS, YM Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.

Dalam ucapannya Menteri Besar menyarankan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti PEKERTI, NSWO dan sebagainya agar tidak gagal menjalankan fungsi mereka dalam membantu masyarakat.

Beliau menyeru agar NGO dan parti politik agar terus turun melihat masyarakat yang hidupnya masih menderita untuk diberikan bantuan.

Dalam majlis ini, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak ahli PEKERTI yang cemerlang dalam peperiksaan, ahli yang ditimpa musibah dan ahli yang memasuki era warga emas.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Seri Dr Haji Awaludin Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Mat Ali Hassan.