Menteri Besar Rasmi Sukaneka KEMAS DUN Rantau 2018

Menteri Besar Rasmi Sukaneka KEMAS DUN Rantau 2018

RANTAU, 15 APRIL – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan merasmikan Program Sukaneka Aktiviti Kemas DUN Rantau di Padang Awam Rantau, hari ini.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, warga pendidik dan ibu bapa jangan memandang mudah pendidikan anak-anak di peringkat tadika.

Menurutnya, pada peringkat ini bakat dan kebolehan anak-anak boleh diasah dan ibu bapa perlu memberi semangat dan galakan kepada mereka.

Selain itu beliau berkata, selepas merdeka kerajaan memberi tumpuan yang serius untuk meningkatkan mutu pendidikan kerana hanya dengan pendidikanlah yang dapat mengeluarkan masyarakat daripada kepompong kemiskinan.

“Inilah yang telah berjaya kita lakukan dan menjadi contoh kepada banyak negara lain. Walaupun negara baharu sahaja merdeka tetapi dapat membasmi kemiskinan dan mengatasi masalah buta huruf dengan berjaya sekali.

“Banyak negara lain terutama Afrika telah datang ke Malaysia untuk mengkaji bagaimana kita boleh berjaya membasmi kadar kemiskinan kerana ketika negara merdeka, kadar kemiskinan di negara ini hampir 80 peratus,” ujarnya.

Pada program sukaneka ini juga pelbagai aktiviti telah dianjurkan dengan melibatkan semua warga KEMAS DUN Rantau, pelajar serta ibu bapa.

Turut hadir, Pengerusi Program Sukaneka DUN Rantau, Encik Haji Hassan Saidi.