Mereka Yang Keluar PPBM Seperti Sampah – Tun M

Mereka Yang Keluar PPBM Seperti Sampah – Tun M

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap semua ahli yang keluar dari PPBM sebagai sampah.

“Kita (PPBM) sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih (bagus),” katanya dalam satu majlis di Bukit Merah Lake Town Perak, malam semalam.

Terdahulu beberapa pemimpin PPBM telah menarik diri iaitu Datuk Hamidah Osman, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor, Anina Saadudin, Kamarul Habibur Rahman dan Hasnita Hishamudin.

Sungguh sedih kerana kata-kata ini keluar dari mulut seorang yang bergelar Negarawan, sekaligus ni menggambarkan perjuangan PPBM sudah tersasar.

Mereka yang keluar parti disebabkan perjuangan PPBM lebih kepada individu daripada memikirkan kepentingan rakyat.

Malah, dicemari dengan budaya fitnah dalam usaha untuk merebut jawatan mahupun sokongan. Malah pengasas parti turut terkena tempias dipinggirkan dari sebarang aktiviti.

Hamidah dalam satu kenyataan berkata, beliau menerima penghinaan itu dengan hati yang terbuka.

Menurut Hamidah, beliau tidak akan sesekali melupakan pengalaman dan kenangan selama tiga tahun bersama perjuangan Tun Mahathir.

“Banyak suka duka yang saya lalui sepanjang berjuang bersama Tun, akhirnya saya digelar sampah kerana meninggalkan parti.”

“Apabila manusia terdesak, tidak mustahil dia akan melakukan apa sahaja demi untuk memastikan cita-citanya tercapai,” katanya mengakhiri.