‘Moh Ngeteh Ngan Tok Mat’ Rapatkan Ukhuwah Bersama Penduduk Kampung

‘Moh Ngeteh Ngan Tok Mat’ Rapatkan Ukhuwah Bersama Penduduk Kampung

  1. REMBAU, 11 FEB – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir memeriahkan program ‘Moh Ngeteh Ngan Tok Mat’ yang diadakan di Solok Sengkuang Cabin D’Village, hari ini.

Dalam ucapannya Menteri Besar berharap agar program yang dihadiri kira-kira 500 penduduk kampung Batang Nyamor ini dapat merapatkan ukhuwah dan Silaturahim antara penduduk kampung.

Antara lain, beliau turut menaruh harapan agar masyarakat Melayu khususnya di Negeri Sembilan sentiasa hidup bersatu padu walaupun berbeza pendapat dan ideologi politik.

Program ‘Moh Ngeteh Ngan Tok Mat’ anjuran UMNO cawangan Batang Nyamor ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pasukan Bridged Bermotor Paroi dan persembahan silat daripada Persatuan Silat Tanah Datar/Gayong.

Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan berupa bantuan makanan kepada 400 penerima yang terdiri dari kalangan penduduk kampung Batang Nyamor, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gadong, PDM Chengkau dan PDM Kendong.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Dr Haji Awaludin Said; Ketua UMNO Cawangan Batang Nyamor, Azini Paiman dan Ahli UMNO Cawangan Batang Nyamor, Dato’ Haji Halim Haji Abdul Latif.