Negeri Sembilan Kukuh Kedudukan Tangga Teratas Liga

SEREMBAN, 17 FEB – Negeri Sembilan terus kukuh kedudukan ditangga teratas liga apabila beraksi cemerlang membenamkan pasukan Terengganu 3 – 2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, hari ini.

Perlawanan ini adalah kemenangan keempat berturut-turut pasukan Negeri Sembilan di dalam saingan Liga Perdana 2017.

Pada babak pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi agresif bagi mendapatkan gol awal.

Seawal minit ke-23, pemain Negeri Sembilan – Brunojunichi membuka tirai gol menerusi tandukan tepat hasil hantaran silang Mohd Faizal Abu Bakar.

Gol kedua milik skuad Hobin Jang Hobin dijaringkan oleh Marko Simic pada minit ke-27 menerusi tandukan cantik hasil bola tendangan bebas Lee Andrew Tuck dari sebelah kiri.

Kapten Abdul Latiff Suhaimi menjaringkan gol sulung pasukan Terengganu pada minit ke-53.

Pada minit ke-74 Negeri Sembilan sekali lagi mendapat gol menerusi rembatan deras oleh Muhammad Izuan.

Terengganu pula menjaringkan gol kedua dan terakhir pada minit ke-80 menerusi permain import Issey Farran Morgan Nakajima.