‘Nostalgia Ramadan’ di Klana Resort Seremban

SEREMBAN – Rasai suasana Ramadan dengan berbuka puasa secara bufet di Klana Resort Seremban pada harga yang amat berpatutan, RM75. Manakala bagi kanak-kanak dan warga emas pula ia menawarkan harga serendah RM38.

Berikutan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lalu, berbuka puasa pada Ramadan kali ini akan diadakan di Ballroom Grand Klana dengan tema ‘Nostalgia’ yang turut disertai dengan persembahan pentas.

Klana Resort membawakan masakan kampung khususnya masakan tradisi Negeri Sembilan yang dipengaruhi tradisi Minangkabau. Antaranya, masak lemak cili api yang sangat popular di negeri ini.

Banyak gerai tersedia dengan pelbagai juadah terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut yang disediakan khas oleh Chef Eksekutif, Abdul Razak dan rakan-rakan.

Terdapat lebih 100 hidangan disediakan sepanjang tempoh Ramadan dengan hidangan berbeza dihidangkan setiap hujung minggu.

Antara juadah yang disediakan termasuk satay kajang, murtabak, roti canai, roti john, kambing panggang & mint sos yogurt hitam, nasi ayam, char kuey teow, pulut panggang, otak-otak & sata serta pelbagai hidangan goreng.

 

 

 

Selain itu, terdapat juga muih kuih, pelbagai buah-buahan potong, ABC & cendol, lempeng, bubur lambuk serta air balang.

Orang ramai dijemput datang bersama keluarga dan rakan-rakan berkumpul di bufet berbuka puasa Klana Resort bermula dari 27 Mei-24 Jun 2017.

 

Nota:
* Nostalgia Ramadan Buffet – RM75 (dewasa), RM38 Warga Emas dan kanak-kanak.

* Baucar ‘Early Bird’ – RM60 (dewasa), RM30 Warga Emas dan kanak-kanak.