PAN malang dapat kerusi paling sedikit

PAN malang dapat kerusi paling sedikit

KUALA LUMPUR – PAN disifatkan malang kerana menerima jumlah kerusi yang paling sedikit dalam Pakatan Harapan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keputusan itu sudah semestinya membangkitkan kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan parti itu yang sebelum ini pernah memperlekehkan Pas dengan mengatakan bahawa mereka akan bertanding di mana-mana sahaja.

“Mereka marah, sedih dan bungkam kerana diisytiharkan dengan jumlah kerusi yang sedikit sesudah mereka ketawa memperlekeh Pas mengisytiharkan diri bertanding di mana-mana saja kerusi.

“Sedih sang malang. Ketawa sang maling,” katanya menerusi status akaun Facebook di sini hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan akan bertanding 165 kerusi Parlimen dalam PRU14 akan datang.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan jumlah kerusi itu melibatkan kawasan Semenanjung sahaja, tidak termasuk kerusi di Sabah dan Sarawak.

Keputusan gabungan pem­bangkang itu bersetuju meng­agih­kan 52 kerusi Parlimen untuk ditandingi PPBM, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan PAN 27 kerusi dalam PRU-14.