Pasar Percuma Bantu Asnaf

Pasar Percuma Bantu Asnaf

MAHSAN, 12 OKT. – Buah kelapa, bawang, sayuran, pakaian, kereta bayi antara barangan yang dijual melalui Hari Terbuka Kolej Komuniti Jempol dan Free Market, di kolej itu semalam.

Tidak sampai dua jam semuanya habis dijual, dengan barangan tersebut mampu menampung bekalan harian hampir sebulan kepada pengunjung yang kebanyakannya daripada golongan kurang berkemampuan dan asnaf.

Pengarah Kolej, Baharudin Mohd berkata, usaha itu merupakan satu aktiviti kebajikan dan tanggungjawab sosial kolej dalam usaha meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Dalam pada itu kita memperkenalkan kolej ini sebagai salah satu institusi pendidikan yang menawarkan pembelajaran kepada semua peringkat umur.

 Baharudin berkata, konsep free market yang diketengahkan kali ini memberi senyuman kepada masyarakat terutama yang benar benar memerlukan.

“Free market ini hanya menggunakan senyuman dan ucapan terima kasih tanpa sebarang urus niaga yang melibatkan wang ringgit. Usaha ini juga untuk memberi galakan terhadap golongan yang ingin membuat sumbangan kepada masyarakat setempat.

“Antara barangan yang di sumbangan adalah barangan keperluan asas seperti pakaian, barangan dapur , buku, mainan, alat tulis dan lain-lain.

“Kita sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat sejajar dengan objektif penubuhan kolej ini iaitu menyediakan keperluan latihan, kemahiran dan pendidikan kepada lepasan sekolah menengah sebelum ke pasaran kerja ataupun pendidikan lebih tinggi,” katanya.

Antara agensi terlibat menjayakan program itu Pejabat Parlimen Jempol, Fama daerah, Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh (MRSM), Baitulmal daerah, Warung Zanon’s famili, The Kabara Bundle, Perbakan sekitar Bahau serta Kementerian Dalam Negeri. – Sinar