Perdana Menteri berkata, kerajaan ingin terus berbakti dan melaksanakan pelbagai agenda murni serta inisiatif yang mendatangkan kebaikan demi kemaslahatan rakyat serta negara keseluruhannya.

“Saya juga mahukan kerajaan ini, negara Malaysia dan rak­yatnya berjaya dengan cemerlang serta seimbang selain mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

“Jika tahun lalu, saya menjadikannya sebagai tahun penyampaian, maka tahun ini saya berhasrat menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan dan keberhasilan yang mengagumkan,” kata Najib dalam laman blog najibrazak.com semalam.