Pastikan Kestabilan di Rantau Asia Pasifik

Pastikan Kestabilan di Rantau Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 10 NOV – Kerajaan Malaysia akan sentiasa memperjuangkan lebih ba­nyak usaha untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keselamatan di Asia Pasifik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, berdepan dengan pelbagai cabaran keselamatan, negara anggota ASEAN tidak boleh hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.

“Kita semua perlu menyumbang bagi pemupukan perkongsian masa depan dan saya berharap dan berdoa bahawa selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan kemudiannya sidang kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan, kita akan mencapaian kemajuan ketara dalam berbuat demikian.

“Perhimpunan pemimpin-pemimpin dunia, seperti yang ini, perlu memanfaatkan peluang berkumpul bersama-sama ini untuk menimbangkan apa yang mereka semua boleh lakukan untuk mengambil tindakan secara kolektif,” katanya dalam catatan di blog beliau www.najibrazak.com.my semalam.