Pelepasan Konvoi Kembara Denai Dakwah NBOS Siri Ke-3 2017

Pelepasan Konvoi Kembara Denai Dakwah NBOS Siri Ke-3 2017

SEREMBAN, 05 DIS – Majlis Perasmian dan Pelepasan Konvoi Kenderaan Pacuan Empat Roda bagi Kembara Denai Dakwah NBOS Siri Ke-3 2017 telah diadakan di Kompleks As-Saadah Negeri Sembilan, hari ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin.

Program ini adalah misi bantuan untuk menghantar stok makanan ke 32 buah kampung Orang Asli yang beragama Islam di Negeri Sembilan.
Sebanyak 663 kotak berisi barangan keperluan asas dapur akan diagihkan dalam pecahan empat kumpulan berasingan.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam program ini adalah Regimen Askar, Majlis Pembandaran Seremban (MPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Turut hadir, Jurutera Daerah JKR Tampin, Ir Khairul Azmeel Mohd Sopery; Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha; Pemangku Pengurus Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, Tuan Haji Azzerol Effendi Abdul Khadir dan Pengurus Kompleks As-Saadah, Tuan Muhammad Adnan Abdullah.