Pemuda Didakwa Bunuh Warga Emas

Pemuda Didakwa Bunuh Warga Emas

SEREMBAN – Seorang pemuda di hadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang warga emas pada 7 September lalu.

Tertuduh, Chong Kar Boon 22, hanya mampu mengangguk tanda paham selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Rahimah Rahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh  Gan Swe Eng, 70, kira-kira jam 4.10 pagi pada tarikh berkenaan.

Perbuatan itu dilakukan berdekatan lampu isyarat bangunan Public Bank di Jalan Tuanku Munawir, di sini.

Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Rahimah kemudiannya menetapkan keputusan bahawa tertuduh tidak dibenarkan jamin.

Manakala, kes akan disebut semula pada 16 November depan untuk laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng dan tertuduh diwakili peguam, TL Chen dan Datuk Hamdan Majid.