Mamalia sepanjang 451 sentimeter (sm) dan lebar 122 sm itu dikatakan ditemui oleh seorang nelayan tempatan kira-kira pukul 4.55 pagi sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada anggota polis di Pondok Polis Indarasan dekat sini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah, Kolonel (PA) Kamal Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Kudat segera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.05 pagi.

“Sebaik tiba di sana, kita mendapati ikan paus spesies Bryde Whale itu masih hidup dan terdampar di tepi pantai.

“Para petugas bersama agensi terlibat dan penduduk kampung membantu menyiram air laut terhadap ikan paus berkenaan bagi mengelakkan ia mati,” katanya dalam satu kenyataan semalam.