Penyampaian Bantuan Kepada 203 Asnaf Daerah Port Dickson

Penyampaian Bantuan Kepada 203 Asnaf Daerah Port Dickson

PORT DICKSON, 3 APR – Seramai 203 asnaf dari empat Qariah Masjid daerah Port Dickson menerima bantuan dalam Program Penyampaian Bantuan Kepada Asnaf Fakir Miskin Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang diadakan di Masjid Qariah Kampung Baru, Mukim Si Rusa, hari ini.

Empat Qariah Masjid yang terlibat terdiri daripada Masjid Jamek Port Dickson, Masjid Bagan Pinang, Masjid Teluk Kemang dan Masjid Kampung Baru Si Rusa. Penyampaian bantuan dan perasmian program telah disempurnakan oleh Pengurus Baitulmal MAINS, Ustaz Zainal Said.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson telah memperuntukkan sebanyak RM40,600 untuk diagihkan kepada asnaf yang hadir. Setiap asnaf masing-masing menerima bantuan sebanyak RM200 seorang.

Antara lain, turut diadakan perkongsian ceramah mengenai Kewajipan Solat yang disampaikan oleh Ustazah Zarina Zainudin.

Turut hadir, wakil YB ADUN Bagan Pinang, Ustaz Kahar Che Kasim; Pegawai Baitulmal Daerah Port Dickson, Cik Nursyahidah Abu Bakar; Ketua Kampung Baru Si Rusa, Encik Tusiran Pesan dan Ahli Jawatankuasa Masjid Qariah Kampung Baru Si Rusa, Tuan Haji Marki Pesan.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/mainsOfficial/

#UnitMediaMains : Nurizyan / Hidayat