Pink Angel Tangani Jenayah Kanak-kanak

Pink Angel Tangani Jenayah Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 12 FEB – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bekerjasama dengan Polis Kuala Lumpur mewujudkan pasukan \’Pink Angel\’ bagi mendekati masyarakat setempat dalam usaha menangani jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukan itu yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi akan membantu pihak polis dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat.

“Mereka akan mendekati masyarakat setempat untuk bertanya khabar dan juga memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa supaya menjaga sebaik-baiknya serta mengawasi setiap langkah anak mereka agar tidak didekati penjenayah yang ingin mengambil kesempatan.