Program Bersama Ulama Hazrat Maulana Harun Akbar Ali Dari Johannesburg South Africa

Program Bersama Ulama Hazrat Maulana Harun Akbar Ali Dari Johannesburg South Africa

PORT DICKSON, 07 JAN – Memperkasakan Pendidikan Islam Dan Islahi Antara Para Guru Serta Pelajar oleh Ulama Hazrat Maulana Harun Akbar Ali dari Johannesburg South Africa telah diadakan bertempat di Klana Resort Port Dickson, hari ini.

Seramai 100 pelajar dan tenaga pengajar dari Politeknik Port Dickson, Madrasah Haji Suhaili, Madrasah Tahfiz Darul Farihin, Baitul Quran Wal Hadith, Madrasah Tahfiz Al Salihin, Darul Ta’lim Seremban dan Madrasah Tarbiyatul Banaat Seremban telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Antara pengisian program ini adalah perkongsian ceramah oleh Ulama Hazrat Maulana Harun Akbar Ali dimana beliau turut memberikan nasihat kepada para pelajar agar menjadi orang yang beriman yang sentiasa mengharapkan redha dalam mencapai syurga Allah.

Selain itu beliau juga berpesan manusia adalah sebaik-baik manusia, maka sentiasalah melakukan kebaikan dan melakukan perkara yang disuruh agama serta mencegah diri dari melakukan perkara yang mungkar.

Hadir sama, Pengerusi Darul Ta’alim, Maulana Muhd Abdullah Muhd Amir; Tenaga Pengajar Madrasah Tarbiyatul Banaat Johannesburg South Africa, Maulana Ismail Patel dan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin.

 

Berita lain sila layari: https://www.facebook.com/mainsOfficial/