Program Eksplorasi Halal Daerah Jelebu 2018

Program Eksplorasi Halal Daerah Jelebu 2018

JELEBU, 15 MAC – Program Eksplorasi Halal Daerah Jelebu 2018 anjuran Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu dan Puspanita Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Wisma Budi, Kuala Klawang, hari ini.

Exco Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Jalaludin Haji Alias hadir merasmikan majlis penutup program yang disertai 150 peserta terdiri daripada penjawat awam sekitar Daerah Jelebu, kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jelebu serta Ahli Jawatankuasa Puspanita Negeri Dan Daerah Jelebu.

Mengangkat tema “Dapek Yang Halal”, program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada orang awam tentang kepentingan memilih barangan halal, selaras dengan tuntutan fardhu ke atas umat Islam untuk mencari yang halal.

Pengisian utama program tersebut adalah Seminar Explorasi Halal yang disampaikan oleh penceramah Ustaz Mohd Jabal Abdul Rahim dan penceramah selebriti, Ustaz Mohd Elias Ismail.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jelebu, YB Dato’ Haji Yunus Rahmat; Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Sharunizam Shawan; Pengarah JHEAINS; Dato’ Haji Selamat Paigo; Pengerusi Biro Agama Puspanita Negeri Sembilan, Datin Siti Roha Diron dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Halal JHEAINS, Puan Zuraini Yahya.

Berita lain sila layari :https://www.facebook.com/jheainsofficial/

#UnitMediaJHEAINS : Abdul Rahman / Siti Shafrizan Nur