Program “Seminar Nikah Tanpa Izin : Kesan Dan Impak”

Program “Seminar Nikah Tanpa Izin : Kesan Dan Impak”

JELEBU, 12 APRIL – Pejabat Agama Islam Jelebu dengan Kerjasama Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu telah mengadakan Seminar “Nikah Tanpa Izin : Kesan Dan Impak” hari ini.

Tetamu terhormat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan Yang Berbahagia Dato’ Haji Jalaludin Haji Alias telah hadir bagi merasmikan seminar yang di sertai 300 peserta terdiri daripada golongan kakitangan kerajaan,badan bukan kerajaan serta masyarakat sekitar Jelebu.

Sesi pertama seminar tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Syariah Kanan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Tuan Zarul Izham Jaapar dengan pembentangn bertajuk “Prosedur Perkahwinan Mengikut Undang -Undang Islam”.

Manakala bagi sesi kedua pula disampaikan oleh Pegawai Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan Puan Zailifah Rusly yang membentangkan “Isu Perkahwinan Tanpa Kebenaran”.

Turut hadir, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan Dato’ Haji Baharuddin Jali serta Pegawai Agama Daerah Jelebu Ustaz Haji Mohamad Rushdan Ab Hamid.

#UnitMedia JHEAINS :Hidayat