Program Ziarah Kasih Siri 1 2018 Memperkenalkan Jabatan Mufti Kepada Masyarakat

Program Ziarah Kasih Siri 1 2018 Memperkenalkan Jabatan Mufti Kepada Masyarakat

NILAI, 10 FEB – Program Ziarah Kasih anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah diadakan di Masjid Al-Azim Taman Semarak, Nilai dengan pelbagai pengisian menarik dijalankan.

Menurut Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Ustaz Haji Nor Azamir Haji Alias, program tersebut diadakan untuk memperkenalkan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kepada orang ramai supaya masyarakat lebih peka dan tidak keliru dengan fungsi jabatan berkenaan.

Terdapat beberapa agensi kerajaan di Negeri Sembilan yang terlibat antaranya, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Pejabat Pilihanraya Negeri dan Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Antara lain, turut diadakan Pameran Denggi, Pendaftaran Pengundi, Pemeriksaan Motosikal dan Khidmat Nasihat serta Permohonan Teknikal secara percuma kepada orang ramai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuklah program motivasi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, pertandingan mewarna, pertandingan Azan dan Hafazan serta klinik dan praktikal penyembelihan ayam.

Sementara itu, pengisian kerohanian serta ilmu kekeluargaan bagi ibu bapa juga diadakan dalam forum ‘Keluarga Bahagia, dan Cabaran Pendidikan Kanak-Kanak Masa Kini’.

Selain itu turut diadakan ceramah perdana bertajuk ‘Kemurniaan Aqidah dan Kelestarian Tasauwuf’ yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Yusof Haji Ahmad.

Turut hadir, Penolong Mufti Bahagian Runding Cara dan Aqidah, Dr Ahmad Yusry Mazlan dan Pegawai Unit Kawalan Aqidah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Ustaz Safuan Mohd Samsi.

Berita lain sila layari : https://www.facebook.com/muftins/

#UnitMediaMAINS / Jabatan Mufti : Aman/Azlan