Raja-Raja Melayu Tahu Najib dan BN di Pihak Benar

Raja-Raja Melayu Tahu Najib dan BN di Pihak Benar

JIKA sebelum ini, Tengku Mahkota Johor (TMJ) seringkali dikaitkan dengan kritikan pedasnya terhadap pemerintah, terutama Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Barisan ‘askar’ Pakatan Harapan (PH) tidak henti-henti menyebarkan pelbagai bahan yang jelas menunjukkan betapa TMJ tidak sukakan BN.

Bagaimanapun, pada 7 April 2018 serentak dengan pelancaran Manifesto BN oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, anak raja dari negeri Johor itu telah mengejutkan ramai orang.

Kali ini TMJ secara berterus terang menzahirkan rasa isi hatinya terhadap keperibadian dan kepimpinan Pengerusi PH yang juga calon Perdana Menteri mereka iaitu Dr Mahathir Mohamad.

Antara yang ditekankan oleh TMJ adalah seperti berikut ;

1. Umno sebuah parti yang baik, terbukti membuat jasa.

2. Individu yang merosakkan Umno adalah Mahathir sendiri ketika berkuasa selama 22 tahun.

3. Mahathir berbohong mahu selamatkan negara. Dia hanya mahu selamatkan anak-anak dan kroninya sahaja supaya terus hidup selesa berterusan. Mahathir juga seorang lidah bercabang, melahirkan korupsi, proksi dan tamakkan kuasa serta duit.

4. Diakui Kerajaan BN sekarang tidak sempurna, namun ia perlu dikekalkan serta diperbaiki.

5. Membayangkan dari pandangan negerinya serta negeri-negeri lain, pandangan mereka bersama adalah perlunya kerajaan sedia ada dikekalkan. Dalam bahasa mudahnya, Raja-Raja Melayu mahu Umno terus berkuasa.

6. Raja-Raja Melayu menyeru rakyat agar mengekalkan Umno dan BN di dalam negara ini, sambil menawarkan dirinya serta Tuanku Sultan Johor untuk terus membimbing Perdana Menteri sekarang membina negara ke arah kehebatan.

Semua perkara ini boleh dibaca melalui penulisan bertajuk “PANDANGAN IKHLAS SAYA UNTUK RAKYAT JOHOR YANG SAYA SAYANGI” di laman Facebook JOHOR Southern Tigers pada 7 April 2018 jam 11.22 malam.

Semoga rakyat boleh memahami akan isi hati Raja-Raja Melayu ini. Mereka adalah Ketua Negara dan Ketua Negeri yang wajib untuk kita ikuti dan wala’. – TV14