Rancang Sendiri Percutian Anda Ke Perth Australia

Rancang Sendiri Percutian Anda Ke Perth Australia

Perth, Australia seringkali menjadi lokasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti disebabkan tempatnya yang menarik dan paling dekat dibandingkan dengan bahagian Australia yang lain.

Lebih mudah jika anda memilih untuk menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk bercuti. Namun jika anda lebih sukakan cabaran dan ingin meneroka sendiri lokasi percutian anda, anda boleh rancang sendiri perjalanan percutian anda.

1. Tempah tiket kapal terbang

Sebelum merancang perjalanan percutian anda, buat tempahan tiket kapal terbang ke Perth terlebih dahulu. Harga tiket kapal terbang seperti AirAsia boleh didapati dengan harga jauh lebih murah jika terdapat harga promosi.

2. Passport dan Visa

Pastikan anda memiliki passport dan Visa sebelum berangkat ke Australia. Anda boleh memohon Visa Australia dengan harga serendah RM25 secara ‘online’.

3. Aktifkan pengeluaran luar negara kad debit

Jika anda memilih untuk menggunakan kad debit berbanding kad kredit, aktifkan terlebih dahulu pengeluaran luar negara bagi memudahkan anda untuk membuat tempahan dan melakukan pengeluaran ketika berada di Perth nanti.

4. Tempah kereta sewa

Memandu di Perth adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan. Sama seperti di Malaysia di mana pemanduan di sebelah kanan, pastinya tidak akan memberi masalah untuk memandu di negara Kangaroo tersebut. Anda boleh membuat tempahan kereta sewa secara ‘online’ bergantung pada bajet anda. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di Perth. Pastikan anda tambahkan navigasi GPS dalam tempahan supaya anda tidak sesat nanti.

5. Tempah penginapan

Anda boleh memilih tempat penginapan di pelbagai pilihan laman web seperti booking.com, agoda.com dan airbnb.com. Homestay adalah pilihan terbaik untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga, tambahan pula ia lebih murah berbanding hotel lain di Perth.

6. Insurans Perjalanan

Jangan ambil mudah tentang insurans perjalanan anda. Pastikan anda membeli insurans perjalanan sebelum memulakan percutian untuk mendapatkan manfaat perlindungan.