Red Giant main di Shah Alam Jika BN Menang di Selangor

Red Giant main di Shah Alam Jika BN Menang di Selangor

SEPANG – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan skuad bola sepak Selangor akan beraksi semula di Stadium Shah Alam sekiranya Barisan Nasional (BN) menguasai Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

“Stadium Shah Alam pun kita akan serahkan balik kepada pasukan Red Giant,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris di Kampung Ulu Chucoh, Sungai Pelek di sini semalam.