Beliau berkata, orang ramai digesa membuat semakan dan sekiranya mempunyai WTD boleh membuat tuntutan di mana-mana pejabat Jabatan Akauntan Negara.

Kemudahan untuk membuat semakan WTD turut disediakan menerusi Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) pada Karnival Jerlun For Jerlun pada 9 dan 10 Februari depan, kata Othman yang juga anggota Parlimen Jerlun pada sidang media  berhubung karnival itu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 16 agensi kerajaan berserta JobStreet yang akan menawarkan kira-kira 500 peluang kerja membabitkan pelbagai sektor akan terlibat dalam karnival yang akan diadakan di Kompleks Sukan Jerlun di Sanglang dekat sini. – Bernam