Sambutan Israk & Mikraj Peringkat N.Sembilan Meriah

Sambutan Israk & Mikraj Peringkat N.Sembilan Meriah

SEREMBAN, 14 APRIL – Kira-kira 2,000 penduduk Seremban dan sekitar hadir memeriahkan Majlis Sambutan Israk & Mikraj 1439H/2018M peringkat Negeri Sembilan di Masjid Negeri, Seremban, malam tadi.

Majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Agama Islam negeri, Ustaz Nizar Mohamad.

Majlis diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato’ Haji Muhammad Fuad Kamaludin.

Dalam majlis ini juga Menteri Besar turut menyempurnakan gimik pelancaran Kitab Mu’jizat Isra’ Wal Mikraj dan Kifayatul Muhtaj.

Kitab Mu’jizat Isra’ Wal Mikraj telah diterjemah dan ditahkik manakala Kifayatul Muhtaj telah disusun bahasa kedua-duanya oleh Dato’ Haji Muhammad Fuad Kamaludin.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Seri Dr Haji Awaludin Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Mat Ali Hassan.