Menteri Pendidikan, Datuk Se­ri Mahdzir Khalid berkata, hal ini berikutan tarikh pengundian jatuh pada Rabu iaitu hari persekolahan.

“Walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14, namun kita berikan cu­ti peristiwa khas kepada se­mua sekolah harian di bawah Ke­men­terian Pendidikan.

“Justeru, dengan pemberian cuti khas ini, diharap dapat me­lancarkan segala proses pengun­dian pada hari tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas me­rasmikan majlis Persidangan Pengurusan Pendidikan Penge­tua Sekolah Malaysia Ke-57 ber­­temakan Transformasi Pemi­ki­­ran Pemimpin Sekolah Ke Arah TN50 di sini hari ini. 
 Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Da­tuk Seri Alias Ahmad; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin; Yang Dipertua Maj­lis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Jamaludin Yaa­cob dan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Roaini Jaafar.

Suruhanjaya Pilihan Ra­ya (SPR) hari ini men­­gumumkan tarikh pe­na­­maan calon bagi PRU-14 adalah pada 28 April manakala hari pengundian jatuh pada 9 Mei.

Dalam pada itu, Mah­dzir ber­kata, kemen­te­­riannya sentiasa ko­mited dan ber­sedia membantu pihak sekolah khususnya penge­tua ba­gi menangani pelbagai isu, persoalan dan permasalahan yang timbul di sekolah.

“Kementerian Pen­di­­dikan sen­­tiasa mem­buka pin­tu untuk maj­­lis pengetua dan sen­tiasa melibatkan ahli-ahli majlis penge­tua dalam apa sahaja aktiviti, program dan pe­nambahbaikan yang ingin di­lak­sanakan.

“Kita sedia maklum, dunia pendidikan ki­ni se­makin rencam den­gan gelombang transformasi yang datang dengan begitu ce­pat. Se­hubungan itu, semua pen­ge­tua perlu mempersiapkan diri dengan ilmu teknologi terkini supaya per­masalahan yang timbul dapat dise­lesaikan dengan lebih efisien,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, sesi persekolahan waktu petang pada 8 Mei ini bagi sekolah yang dijadikan pusat mengundi perlu ditangguhkan.

Katanya, penangguhan itu ba­­gi memberi laluan kepada Su­ruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan.

Beliau berkata, sebanyak 6,941 sekolah yang dijadikan pusat mengundi juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPR dalam pelaksanaan PRU-14 pada 9 Mei ini.

“Penangguhan sesi perseko­lahan waktu petang pada 8 Mei itu diberikan kepada sekolah yang dijadikan pusat mengundi ba­gi memberi laluan kepada SPR membuat persiapan untuk PRU-14,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amin, cuti peristiwa khas itu dapat memberi ruang ke­pada SPR melaksanakan pro­ses pi­li­han raya dengan lancar tanpa terganggu dengan sesi per­sekolahan.

Bagaimanapun katanya, cuti peristiwa khas yang diumumkan itu tidak melibatkan penutupan asrama bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama.

“Semua sekolah yang dija­di­­kan pusat mengundi perlu memberikan kerjasama sepe­nuh­­­nya kepada SPR dalam pelaksanaan PRU-14 ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE