Sendayan Sudah Berubah

Sendayan Sudah Berubah

ISU Sendayan bermula selepas peneroka di kawasan Felda itu menandatangani perjanjian penjualan tanah dengan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) membabitkan 1,600 hektar tanah bernilai RM557 juta pada November 1996.

Bagaimanapun, pembeli tanah berkenaan gagal membuat pembayaran penuh akibat kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998 sehingga ada peneroka mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun, kes diselesaikan apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Skim Pembayaran Pampasan Tanah dan Pembangunan Felda Sendayan pada 20 Mei 2005.

Menteri Besar Diperbadankan (MBI) mengambil alih projek itu pada 2007 dan menawarkan pakej pampasan kepada peneroka.

Bukan sekadar wang tunai antara RM400,000 dan RM500,000 malah kerajaan negeri menawarkan banglo mewah setingkat berkeluasan tanah 10,000 kaki persegi bernilai RM250,000 serta tanah pertanian 0.8 hektar bernilai kira-kira RM350,000 pada ketika itu.

 Perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi secara simbolik menyampaikan cek pampasan kepada peneroka pada 23 Februari 2016.

11 tahun berlalu,  Felda Sendayan hanya mempunyai kira-kira 530 orang penduduk asal peneroka, tetapi kini kepadatan penduduk di kawasan berkenaan yang bertukar menjadi Bandar Seri Sendayan mencapai lebih 40,000 penduduk.- Sinar