Skuad Hobin Jang Hobin Benam Kuala Lumpur 2-0

Skuad Hobin Jang Hobin Benam Kuala Lumpur 2-0

PAROI, 08 FEB – Negeri Sembilan bangkit daripada kekalahan lalu apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan kedua saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Skuad Hobin Jang hobin mencipta gol pertama pada minit ke-11 apabila pemain import pasukan itu, Nicholas Velez berjaya menyudahkan hantaran ketua pasukan Dohaen Kim.

Pada minit ke-16 gawang gol Kuala Lumpur sekali lagi hampir dibolosi, bagaimanapun berjaya diselamatkan penjaga gol Kamarul Effandi.

Pasukan Kuala Lumpur turut mengatur serangan dengan percubaan Guilherme De Paula pada minit ke-27 berjaya ditangkap kemas oleh Saiful Amar Sudar.

Pada minit ke 31, Nocolas Velez sekali lagi berjaya meledakkan gawang gol lawan hasil dari hantaran silang Khairul Izuan Rosli.

Separuh masa pertama berakhir dengan Negeri Sembilan 2, Kuala Lumpur kosong.

Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meneruskan rentak berbalas serangan namun tiada sebarang gol dibuat.

Sebanyak tiga kad kuning dilayangkan sepanjang 90 minit perlawanan, dua Negeri Sembilan, satu Kuala Lumpur.

Jumlah penonton yang hadir dianggarkan lebih 7,000 orang.