Majistret Salamiah Sa­l­leh menjatuhkan hukuman itu selepas Zulkifle Harun, 57, mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan. Selain itu, tertuduh juga berhadapan lapan bulan dipenjara jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh yang tidak be­kerja tidak membayar denda tersebut dan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Isteri tertuduh tidak kelihatan di mahkamah.