Beliau berkata, sukan seperti ini banyak menyumbang kepada usaha memupuk sema­ngat kerja berpasukan, toleransi dan muhibah dalam kalangan pekerja industri.

“Satu langkah yang baik untuk memupuk semangat yang murni dalam kalangan para pekerja khususnya pekerja industri sebab tidak kira kerjaya, mereka adalah sebahagian dari­pada komuniti tambahan pula dari segi sektor industri, mereka ini golongan yang besar.

“Secara tidak langsung aspek sukan seperti ini akan membantu segala bentuk yang baik seperti perpaduan, nilai persefahaman dan juga menaik­kan prestasi pekerja itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Industri Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Majlis Sukan negeri, Fouzee Aziz dan Pengerusi Majlis Perhubu­ngan Industri Negeri Sembilan (NSILC) Paul Valluvan.

Zaifulbahri berkata, sukan antara industri ini juga merupakan antara langkah terbaik bagi mengintai bakat dalam kalangan pekerja industri yang berpotensi untuk diketengahkan.

Sementara itu, Valluvan berkata, kejohanan sukan industri yang bermula bulan ini dan berakhir hujung tahun ini melibatkan 1,500 peserta yang akan menyertai lima acara sukan iaitu futsal, bola jaring, badminton, golf dan sepak takraw yang diadakan secara berperingkat. – BERNAMA