Surau Nurul Sa’adah Rumah Rakyat Batang Pilah Dirasmikan

Surau Nurul Sa’adah Rumah Rakyat Batang Pilah Dirasmikan

KUALA PILAH, 01 FEB – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan merasmikan Surau Nurul Sa’adah di Rumah Rakyat Batang Pilah, hari ini.

Surau Nurul Sa’adah ini dibina berikutan surau lama yang sudah usang dirobohkan apabila mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan untuk digantikan dengan surau yang baharu.

Seramai 150 penduduk hadir bersama bagi menyaksikan perasmian surau ini.

Dalam majlis ini, Menteri Besar juga turut melawat kawasan sekitar surau, balai raya dan Tabika Kemas Batang Pilah.

Turut hadir Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Norhayati Omar; Exco Perpaduan dan Integrasi Nasional, Dato’ Haji Ismail Lasim; Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato’ Seri Haji Hasan Malek; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Dato’ Haji Mohammad Razi Haji Kail dan ADUN Johol, YB Dato’ Haji Abu Samah Mahat.