Tahniah Chong Wei: Najib

Tahniah Chong Wei: Najib

KUALA LUMPUR, 27 NOV – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan merangkul kejohanan siri super Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum hari ini.

“Tahniah @LeeChongWei! Pertarungan sengit dan kemenangan yang wajar terhadap Chen Long. #KamiTeamMalaysia,” kata Najib dalam twitternya, malam ini.

Chong Wei mengakhiri episod kemarau lapan bulan tanpa gelaran selepas mengalahkan bekas juara dunia dari China itu dengan keputusan 21-14, 21-19 dalam masa 46 minit di pentas final, sekali gus merangkul gelaran kelima kejohanan itu selepas 2009, 2010, 2013 dan 2015.

Kejayaan pemain negara berusia 35 tahun itu adalah kali kedua musim ini selepas All-England Mac lepas. – Bernama