Tarikan Kincir Angin Perkampungan Zaanse Schans, Holland

Tarikan Kincir Angin Perkampungan Zaanse Schans, Holland

Perkampungan Zaanse Schans merupakan salah satu lokasi percutian yang paling cantik di Holland. Tidak lengkap rasanya percutian anda ke negara Holland jika tidak melawat perkampungan moden yang indah ini dengan landskap dan pemandangan yang sangat cantik.

Zaanse Scans terkenal dengan kincir angin yang pada asalnya berjumlah lebih 50 ribu buah dan kini hanya tinggal lebih kurang 60 buah sahaja.

Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung untuk ke perkampungan Zaanse Schans. Namun, ada beberapa tarikan lain seperti muzium dan kincir angin yang memerlukan bayaran masuk.

Selain kincir angin, terdapat juga tarikan lain seperti muzium, bakeri, kilang membuat terompah, kilang keju, kraftangan dan kilang coklat.

Kilang keju disini menghasilkan pelbagai jenis dan rasa keju asli yang sedap dan tidak didapati di Malaysia.
Bagi penggemar coklat, anda harus cuba merasai sendiri keenakan aneka jenis coklat dan minuman coklat yang terdapat disini. Minuman coklat yang dibeli disini dihidangkan bersama biskut kayu manis.

 

Terompah gergasi ini turut menjadi tarikan utama pengunjung untuk merakamkan memori disini.

Pelbagai corak dan saiz terompah boleh didapati disini untuk dibawa pulang sebagai cenderahati istimewa.