Tiada Tekanan Bagi Nicol Buru Emas Ketiga Sukan Komanwel 2018

Tiada Tekanan Bagi Nicol Buru Emas Ketiga Sukan Komanwel 2018

GOLD COAST, 03 APRIL – Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol David berkata beliau tidak menghadapi sebarang tekanan dalam usahanya untuk memburu pingat emas negara buat kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

Nicol, 34, kini menduduki ranking keenam dunia, Sukan Komanwel kali ini merupakan penyertaan keenam baginya tetapi buat kali pertama sejak Manchester 2002, Nicol bukan pemain pilihan utama kejohanan.

“Bagi saya, sebagai pemain pilihan ketiga, tiada apa yang membimbangkan saya. Saya mahu mempamerkan aksi bertenaga pada awal perlawanan dan lihat sejauh mana saya boleh bertahan.

“Ia adalah bonus bagi saya berpeluang menyertai sukan ini. Dan dapat mewakili Malaysia, saya akan berusaha tonjol yang terbaik. Saya mahu beraksi dengan tenang dan hasilnya pasti positif,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas sesi latihan atlet Malaysia di Oxenford Studios.

Nicol yang dibimbing jurulatih dari Australia, Liz Irving, telah berpeluang beraksi di gelanggang kaca tempat berlangsungnya acara itu, beberapa minggu yang lepas