TNB Taja Bangunan Baharu Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson

TNB Taja Bangunan Baharu Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson

PORT DICKSON, 13 NOV – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menaja bangunan baharu untuk Persatuan Nelayan kawasan Port Dickson yang berada di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bernilai RM750,000.

Majlis penyerahan replika kunci telah disempurnakan oleh Presiden TNB, Dato’ Seri Ir Azman Mohd sambil disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di Dataran Pachitan, Port Dickson.

Antara lain TNB juga turut menaja pembiayaan selama satu tahun program lanskap di Taman Poket TNB, Port Dickson.

Dalam majlis sama Menteri Besar juga menyampaikan bantuan sara hidup kepada kita-kira 274 nelayan.

Program yang diadakan hari ini bertujuan merapatkan hubungan di antara pemimpin masyarakat, pihak kerajaan dan masyarakat kampung serta menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Dalam ucapannya Menteri Besar yang mewakili Kerajaan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih bagi pihak Persatuan Nelayan serta penduduk sekitar khususnya Kampung Pachitan terhadap usaha TNB mengadakan program kesejahteraan rakyat.

Beliau juga berharap agar TNB dapat meneruskan usaha murni untuk membantu masyarakat di negeri ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Mat Ali Hassan; Exco Pelancongan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Dato’ Haji Tun Hairudin Abu Bakar; ADUN Linggi, Dato’ Haji Abdul Rahman Mohd Redza dan Presiden TNB, Dato’ Seri Ir Azman Mohd.